
Saidatun Na-Syifaa™ Atau dalam Bahasa Melayu Bererti Sahabat-Sahabat Penawar.Kumpulan Ini di Tubuhkan Pada 12 Februari 2007M Secara Tidak Formal.Dan Kumpulan Ini Baru muncul Di Khalayak Ramai Pada Tahun 15 March 2009M.
Pekertaan SAIDATUN ini diambil dari Kisah salah seorang ahli kami yang mengatakan bahawa kami bertujuh adalah sahabat yang akrab jadi kami bercadang untuk menggunakan pekertaan SAIDATUN ini untuk di jadikan nama di Awal Pekertaan nama sebuah kumpulan.Sementara itu Pekertaan SYIFAA pula dipetik dari sebuah Naskah Al-Quran Dari Surah Al-Israa Ayat 82,Di Dalam Surah Tersebut
Allah Berfirman
"Dan Kami Turunkan Dari Al-Quran suatu Yang Menjadi PENAWAR dan Rahmat Bagi Orang-Orang Yang Beriman Dan Al-Quran Itu Tidaklah Menambah Kepada Orang-Orang Yang zalim Selain Kerugian".
Maka Pada Masa Itu Juga Tertariklah Hati Kami Untuk Mengambil Pekertaan SYIFAA Sebagai Penghujung Nama Kumpulan.Jadi disitulah Tertubuhnya Sebuah Kumpulan Dakwah Bernama Saidatun Na-Syifaa™ yang dibarisi oleh kaum wanita iaitu Seramai Tujuh orang.Mereka ialah Hjh Nor Azimah,Nor Hafizah,Siti Fatimah,Dk Nur Sakinah,Nur Syafiqah,Dyg Mardhiah Dan Siti Norhaslina.
Di Samping itu ketujuh-tujuh kami adalah Dari Skim Bimbingan Tilawah Al-Quran Remaja Yang Mana Telah Di Kendalikan Oleh Jabatan Pengajian Islam Sehingga Sekarang.Dan Kami telah Di Bimbing Bertahun-tahun Oleh Para Qari Dan Qariah Brunei Yang Mahir Dan Ada Yang Qari Dari Indonesia Dan Malaysia Untuk Membimbing Sebilangan Daripada kami.Di Dalam Kumpulan ini Juga terdapat Seorang Ketua Iaitu Hjh Nor Azimah Dan Penolongnya Ialah Nor Hafizah.
Walau bagaimanapun terdapat beberapa orang ahli kumpulan kami yang pernah mengharumkan nama kumpulan Saidatun Na-Syifaa™ Di antaranya ialah Siti Fatimah,Dyg Mardhiah Dan Siti Nur Haslina Mereka Telah Menyertai Pertandingan Tausyeh Anjuran RTB (Rangkaian Nur Islam) Pada Tahun 2007M Dan Meraih Tempat Ke tiga di pertandingan Akhir.
Selain Itu Hjh Nor Azimah Juga Pernah Mengharumkan Nama kumpulan Saidatun Na-Syifaa.Beliau Telah Menyertai Musabaqah Tilawah Al-Quran Antara Sekolah-Sekolah Menengah Dan Maktab-Maktab Senegara.Pada Tahun 2008M.Dan meraih Tempat Ke Lima Di Dalam Pertandingan Akhir Tersebut.
14 March 2009M,Tercetusnya Sebuah Sejarah Yang Mana Ketujuh-Tujuh Kami Telah Menyertai Pertandingan Tausyeh Anjuran Nur Islam RTB (Wardah Terbiah Insani).Walaupun Kami Gagal Untuk Memasuki Pertandingan Akhir Tetapi Semangat Kami Tidak Pernah Runtuh Malah Semakin Berkobar-Kobar Untuk Mengharumkan Nama Kumpulan Atau Sekiranya diberi Kepercayaan Untuk Meluaskan Dakwah Islamiah Seperti Anak Seni Tanah Air Yang Lain.Dan Insyallah Ingin Mengharumkan Nama Negara Brunei Darussalam Di Persada Dunia.
Di Samping Itu Juga Sebelum Pertandingan Tausyeh Bermula Kami Telah Membuat Persiapan Awal Dan Berlatih Setiap Hari Yang Mana Di didik Oleh Seorang Qariah Brunei Iaitu Ustazah Siti Huzaimah Yadey.Selain Itu Juga
Ada Beberapa Orang Dari Kumpulan An-Nida™ Telah Bertungkus Lumus untuk Melatih Kumpulan Saidatun Na-Syifaa™ Iaitu Ustaz Muhammad,Ustaz Ayub,Ustaz Ziman,Ustaz Zul Hafiz Dan Ustaz Zul Izzi.
Dan Pada Tahun 2009M ini Juga Terdapat Tiga Orang Dari Pada Ahli Kumpulan Saidatun Na-Syifaa™ Iaitu Nor Hafizah, Norhaslina Dan Hjh Nor azimah,Yang Mana telah Menyertai Pertandingan Musabaqaah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan 2009M/1430H.
Namun Kami Juga Akan Menggunakan Nama Lain Di Luar iaitu Al-Adawiyah™ yang di Petik Dari sejarah Islam Yg Mana Mengatakan Bahawa Beliau adalah Wanita Sufi Yang Terkenal atau Wanita Yang Pertama Berjihad Dalam Islam.Maka kami semua akan menjadikan cerita tersebut sebagai satu iktibar kami yang mana Al-Adawiyah™ ialah seorang pencinta allah.Dan kami juga ingin menyebarkan dakwah islamiah ke pelusuk negri selain itu nama al-adawiyah ini telah di cadangkan oleh pembimbing kami iaitu Ustazah Siti Huzaimah Yadey.
Nama Al-Adawiyah™ Cuma Digunakan Sekiranya Kami Membuat Persembahan Di Suatu Majlis.Akan Tetapi Nama Saidatun Na-Syifaa™ juga menjulang sekiranya kami membuat suatu pertandingan atau majlis Rasmi.Di dalam kumpulan ini kami juga sering membuat latihan di antaranya ialah Tausyeh,Dikir,Di'baie,Al-Quran,Zainul Quran,Nasyid Dan Sebagainya.
Alhamdulilah Pada Tahun Ini Juga Ada Kemasukan Tiga Ahli Baru Di Dalam Kumpulan Ini,Mereka Juga Merupakan Pelajar Seperti Kami di Skim Bimbingan Tilawah Al-Quran.Mereka Ialah Siti Khadijah,Nor Hafizzah Dan Noor Hamimah.Dan Sekarang Alhamdulilah Saidatun Na-Syifaa™ Mempunyai Sepuluh orang ahli.
Pada 16 Jun 2009M,Kami Amat Bersyukur Kehadrat Allah S.W.T Kerana Di Beri Peluang Untuk Membuat Persembahan Semasa Hari Keputeraan Pada 26,27,29 July 2009M.Dan Kami Berterima Kasih Kepada Uncle Zul (Zol Entertaiment) Kerana Mempercayai Kami untuk Membuat persembahan Tausyeh dan sketsa lakonan tersebut.
BITTAUFIQ WANNAJAH (SEMOGA BERJAYA)
DONE BY- Ahli Saidatun Na-Syifaa™












Tiada ulasan:
Catat Ulasan